BATU PAHAT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia di Hospital Batu Pahat pagi tadi dan disahkan sebagai mangsa H1N1 kedua di Johor. Ia adalah kes kematian ke-12 yang disahkan setakat ini di negara ini. Pagi tadi, Kementerian Kesihatan mengumumkan tiga lagi kematian berkaitan H1N1, semuanya di Melaka. (Berita Harian, 5 Ogos 2009)
BANDAR SERI BEGAWAN: Kes Influenza A(H1N1) dijangka meningkat berikutan berlakunya lagi jerebu di Malaysia kecuali langkah pencegahan proaktif diambil bagi mengekang jangkitan tempatan, kata Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, jerebu membabitkan mereka yang mengalami penyakit berkaitan pernafasan seperti lelah, akan merumitkan lagi perkara itu kerana virus H1N1 menyerang terus sel paru-paru dan mengakibatkan radang paru serius serta kematian. "Saya setuju bahawa jerebu berlaku lagi yang akan merumitkan lagi kes H1N1 yang mana ubat antiviral, Tamiflu, hanya berkesan dalam masa 48 jam pertama bermula," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan rundingan tahunan ke-13 antara Malaysia dan Brunei di sini. (Berita Harian, 5 Ogos 2009)
BANGI: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) menutup kampusnya di Bandar Seri Putra di sini, bermula semalam sehingga 10 Ogos ini selepas beberapa pelajar institusi itu dikesan mengalami jangkitan penyakit seperti influenza (ILI). Timbalan Rektor (Akademik dan Pembangunan Mahasiswa) Kuis, Mohd Khairi Hussin, dalam satu kenyataan hari ini berkata 6,000 pelajar institusi itu sudah diarah pulang ke rumah masing-masing. Beliau berkata, langkah penutupan kampus itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan. (Berita Harian, 5 Ogos 2009)
Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Selsema babi (aku lebih selesa memanggil dengan nama itu) nampaknya semakin menjadi-jadi. Kasihan kepada mereka yang tak pernah pun sentuh babi (termakan itu mungkin kerana terlalu banyak produk makanan hari ini mengandungi elemen babi) tapi terkena juga bahananya. Tak tahu lah yang telah meninggal itu mangsa yang memang dah biasa dengan babi ataupun yang mungkin tak pernah tengok babi secara 'in person'. Kita diajar menerima segala yang berlaku sebagai ujian dari Yang Maha Esa.......benarkah ujian? Hebat sangatkah iman kita untuk diuji sedemikian rupa?
Aku sebagai manusia yang 'melihat dunia dengan cara sendiri' percaya apa yang sedang melanda Malaysia pada waktu dan ketika ini adalah lebih kepada hukumanNya kepada kita semua. Bila hukuman diturunkan, Dia tidak memilih siapa......semua yang berada di kawasan yang dihukum pasti akan 'terhukum'. Yeaaa...mungkin bukan kerana kita 'termakan' babi dalam ais krim yang dibeli di supermarket, coklat yang dihadiahkan oleh kawan ataupun mee kuning yang baru dibeli di pasar minggu. Tapi kita dihukum kerana kita terlalu jauh denganNya, kita engkar denganNya, kita tidak perdulikan suruhanNya.....kita lebih suka mendengar bisikan makhlukNya yang paling dilaknat, kita terhibur dengan hiburan sana-sini yang disaji oleh makhluk terlaknat itu yang 'bertopeng'kan manusia.
Bukti??? Sana-sini kita dengar bayi dibuang di tepi longkang, dalam tong sampah dan ada yang merasa masih 'beriman' "meletakkan" bayinya di depan masjid sebelum tiba waktu subuh. Itu baru kes buang bayi.....
Media elektrohik menyajikan hiburan yang tak terkira banyaknya, tak kira hari, tak kira waktu....hatta waktu azan sedang berkumandang pun kita masih boleh menonton program2 yang membuatkan kita terikut2 gaya hidup makhluk terlaknat itu dan sudah tentu kita makin jauh dengan Pencipta alam ini, Pencipta kita sendiri. Dia yang memberi kita nafas untuk terus hidup. Dia yang memberi kita kulit, daging, darah, urat, kaki, tangan, wajah dan baaaaaannnyaaaaaak lagi yang sepatutnya kita guna untuk mengabdikan diri kepadaNya.
Tak hairanlah jika selsema babi ini merupakan satu lagi episod ancaman kepada kita selepas tragedi Tsunami, tanah runtuh, banjir besar, kemarau dll. Selagi kita tidak sedar dan insaf, selagi itulah kita akan terus dihukumNya.......fikir-fikirkanlah!

No comments:
Post a Comment