Monday, September 7, 2009

sah!!!...orang kita sangat 'racist'!!

Ini ada satu lagi cetusan pendapat, seronok dibaca dan boleh membuka minda....minda aku juga sudah terbuka dengan jelas!!!

Toleransi Agama: Selangor Malaysia vs Illinois USA
Nasreel Khalib,Illinois.
Mon Sep 07, 09 3:31:20 pm MYT

Salam Ramadhan buat semua.
Saya mengikuti perkembangan isu kuil di Shah Alam dari jauh dengan penuh minat.Dalam kita menerima kunjungan Ramadhan yang mulia ini, kita dikejutkan dengan tindakan yang sangat menyedihkan oleh segelintir masyarakat Melayu Islam dalam protes mereka terhadap cadangan pembinaan kuil di syeksyen 23 Shah Alam.Mereka bertindak menghina agama Hindu dalam keadaan yang sangat ekstrem - sesuatu yang dilarang oleh Islam itu sendiri.

Tidak pernah kita diajar oleh Rasulullah agar menghina agama-agama lain.Alasan yang dipersoalkan beberapa penduduk setempat sangat mudah, mengapa perlu dibina kuil di kawasan yang majoritinya penduduk Melayu Islam.Sebentar tadi saya membaca yang proses pemindahan kuil ini telah dibekukan disebabkan oleh kekecohan yang berlaku semasa sesi dialog diantara kerajaan negeri dan penduduk setempat.

Kebetulan pada ketika ini saya berada di bumi Amerika atas urusan kerja. Sudah hampir tiga bulan saya disini bersama keluarga.Menyambut Ramadhan bersama penduduk minoriti Islam Des Plaines Illinois. Saya dapat melihat sesuatu yang amat 'ganjil' disini, di tengah-tengah bumi Amerika yang penduduk Islamnya tidak sampai 1%, tersergam masjid yang indah dan selesa.Malah Masjid ini juga hanyalah beberapa ratus meter jaraknya dari sebuah gereja Katholik. Tidak pula kelihatan masyarakat Kristian disini berdemo dan membantah kewujudan Masjid disitu.


Malah apa yang lebih dikagumi ialah setiap kali waktu solat Jumaat, akan ada beberapa orang pegawai Polis 'mat saleh' bukan Islam yang akan mengawal lalulintas dan parking didalam kawasan Masjid.Mungkin, itu perkara biasa, seminggu sekali. Tetapi apabila bermulanya Ramadhan, saya dapat melihat bagaimana mereka bertugas setiap malam. Kebetulan Ramadhan tahun ini berlangsung di hujung musim panas, maka waktu Isya'nya sedikit lewat dari Malaysia. Pegawai-pegawai Polis ini masih lagi bertugas menjaga lalulintas dan parking sehinggalah Terawikh tamat pada jam hampir 11.30 malam.

Keliru saya memikirkan situasi di sini apabila dibandingkan dengan situasi kuil di Shah Alam. Malu dengan perbuatan dan sikap segelintir umat Islam di Malaysia. Apakah mungkin masyarakat Kristian di Amerika ini lebih baik dari Umat Islam di Malaysia?Dimanakah keadilan dan keindahan Islam yang ingin kita tonjolkan? Apakah mungkin masyarakat bukan Islam dapat melihat keindahan Islam dalam situasi ini.

Saya bersyukur dan berterima kasih kepada beberapa pimpinan PAS yang telah berani menyatakan kebenaran dalam keadaan yang sukar ini terutamanya kepada YB Khalid Samad, Dato' Mahfuz, Dr Mariah dan beberapa yang lain.Pun begitu, saya berharap lebih ramai lagi pemimpim-pemimpin Islam dari parti PAS terutamanya yang akan tampil kehadapan bagi memberi sokongan kepada kerajaan Negeri Selangor dan menyatakan pendirian Islam dalam isu pemindahan kuil ini.Masyarakat sedang memerhatikan, apakah benar slogan keadilan Islam yang dilaung-laungkan. _

Are we practising racism??

Aku rasa, penulis yang menulis artikel di bawah memang cukup berani menyatakan pendapatnya. Aku sendiri dah jadi ter'konpius'...adakah aku juga sebelum ini 'racist'? ish....


Are they real Muslims?
By: Prof Mohd Tajuddin Mohd Rasdi
Sep 1, 09

I wish to comment on the 'cow head' incident in Shah Alam. As a Muslim andas a Malaysian citizen I do not support such a wanton display of disrespectfor Islam and for Malaysia .As a Muslim, my readings of Islam and the Prophet Muhammad's traditions orhadiths have taught me to respect animals and other religions.With respect to animals, the Prophet warned Muslims against overburdeninganimals in carrying objects.

The Prophet explained a story of how aprostitute was forgiven her sins by the simple act of giving a thirsty doga drink.The cow is one of the animals which Muslims slaughter not just for food butalso as a sacrificial offering of our thankfulness to Allah as well asremembering Abraham's 'sacrifice' of his son Ismail.The cow is thus 'holy' to Muslims as well as to Hindus. Muslims sacrifice acow for the aqiqah ceremony or during the Qurban celebrations.Thus as a Muslim, we must respect animals that become our food as well asour symbolic act of sacrifice. Standing or putting once's foot on a deadcow is a 'biadab' act that speaks of a person steeped in racial bigotry andof a person low in education of Islam.

With respect to other religions, there were occasions where the Prophettaught me about my attitude towards them. Once, the Prophet stood up as asign of respect when the body of a Jew was carried to the grave.When dispatching the army to a campaign, the Prophet warned the soldiersfrom desecrating houses of worships, those who reside in them, the youngand the old and even trees should not be cut down if necessary.Never had the Prophet taught me to desecrate another person's religion. Thegreat Indonesian scholar Hamka wrote in his magnum opus, Tafsir Al-Azharthat there are hundreds of thousands of 'Nabi' and they might even be thefounders of other religions.

It is common to find other religious faiths making fun of Islam and Muslimsbut as a Muslim I will never be allowed by my religion to make fun of otherreligions much less to desecrate them.As a Malaysian citizen, I wish to ask why these people who showed suchcontempt for the religion of the Hindus not be arrested under the SeditionAct?Were these people given permits by the police? If so why were they grantedpermits to desecrate another religion? Why were they not stopped and toldto disperse? If Hindus can tolerate the Muslim call for prayers five timesa day for the rest of their lives, what disruption can a Hindu temple be?I live next to a Hindu Temple about 150 meters away and I observe aprocession thrice or twice a year. It is quiet 362 days of the year.

Lastly, if these residents were proven to be members of any political partyor parties, their membership should be revoked in order to ensure that weshould not tolerate any political entity that uses racial hatred as theirmeans of achieving political ends.If not, then the said party or parties should be outlawed and theirregistration terminated immediately.After more than 50 years of merdeka, I still cannot raise five childrenwithout the threat of racial disharmony and hatred. What does that sayabout our present leadership and future of our country?

Wednesday, August 19, 2009

salah siapa?

Terkesima aku pagi ini apabila terbaca berita mengenai seorang pelajar perempuan tingkatan 3 yang telah menyelinap keluar dari asrama sekolahnya di Kuala Lumpur semata-mata kerana memenuhi janji untuk bertemu teman lelakinya. Dia yang berjaya keluar tanpa kebenaran warden asrama selepas waktu persekolahan akhirnya dibawa oleh teman lelakinya ke sebuah rumah di Wangsa Maju dan di situ, tanpa disangka-sangka dia telah dijadikan teman lelakinya 'santapan' enak oleh 9 orang rakan teman lelakinya itu yang sudah menunggu lebih awal, menjadikannya mangsa rogol kepada 10 orang lelaki, termasuk teman lelakinya sendiri. Setelah selesai, pelajar tersebut dihantar pulang semula ke asrama, dalam keadaan trauma dan terdesak, dia mengadu kepada wardennya yang akhirnya membawanya membuat laporan polis serta-merta. Boleh rujuk http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090820074451/Article/index_html


Aku terdiam...tak tahu apa nak kata. Terbayang diriku semasa usia 15 tahun.....aku ketika itu (sekitar 1990an) amat takut bila isu rogol timbul. Bimbang jika diri ini tersilap langkah, dan akhirnya menjadi mangsa. Aku amat berhati-hati jika ditegur lelaki tidak dikenali ketika itu. Tapi hari ini, lelaki yang dikenali juga tidak boleh dipercayai......teman lelaki? Aku memang cukup tak berkenan dengan budaya remaja hari ini yang konon-kononnya harus punya teman seawal usia 14 tahun, 15 tahun. Tak ada teman lelaki tak seronok, nanti malu dengan kawan-kawan! Huh!! Inilah akibatnya jika 'kebebasan' itu disalahertikan!!

Siapa harus disalahkan bila keadaan begini terjadi??? Dirogol oleh 10 lelaki itu bukan satu benda yang mudah untuk dilupakan oleh seorang mangsa.Lagi yang menjadi mangsa kepada seorang perogol pun sudah trauma, inikan pula 10 orang!! Adakah ibubapa harus dipersalahkan? mereka sudah menghantar anak ke asrama dengan harapan anak mengikut peraturan asrama dan akhirnya menjadi manusia yang cukup berdisiplin. Guru? Sekolah? Ada lebih 1000 pelajar dalam sesebuah sekolah, bukan satu perkara yang mudah untuk menjaga, apatah lagi memerhati setiap gerak-geri pelajar. Diri sendiri?? 15 tahun mungkin masih awal untuk memilih mana yang baik dan buruk....entahlah...aku bingung!

Banyak faktor yang aku lihat menjadi penyumbang kepada isu sosial hari ini. Dan semua pihak....ibubapa, guru, kerajaan, masyarakat, rakan sebaya, persekitaran dan individu terbabit itu sendiri memainkan peranan besar dalam setiap perkara yang berlaku. Peranan ibubapa tak perlulah aku panjang-lebarkan di sini, semua orang maklum...didikan agama dalam institusi keluarga Islam bermula bukan ketika anak itu lahir, tetapi ketika memilih pasangan untuk berkahwin lagi. Guru..tidak cukup dengan hanya memberi apa itu Sains, apa itu Sejarah..tetapi guru mestilah akhirnya merujuk setiap ilmu yang diajar itu kembali kepada Penciptanya. Disitulah ketakwaan itu akan ditanam secara tidak langsung...membawa setiap anak murid itu mengenal Penciptanya. Mungkin ada yang tak kena dengan sistem pendidikan negara kita...mungkin juga silabus KPLI (kursus perguruan lepasan ijazah) atau diploma perguruan harus dikaji semula!

Kerajaan....aduh! ini lagi satu...pelbagai kebenaran yang diberikan oleh kerajaan....lesen pub, lesen percetakan majalah artis2 yang seksi-seksi, lesen stesyen TV yang menayangkan program2 yang membangkitkan nafsu syahwat semata2....lesen ini, lesen itu....huh! memang aku bingung!

Semua kepincangan ini menyebabkan wujudnya satu masyarakat yang tidak perihatin, persekitaran yang tidak sihat, hadirnya rakan sebaya yang tidak mebimbing tetapi lebih kepada memusnahkan semata2 dan lahirnya individu yang pincang imannya dan rosak akhlaknya.


Salah siapa????

Sunday, August 16, 2009

Siapa Michael Jackson dan siapa Marwa Al-Sharbini?

Sedih…….Itulah yang aku rasakan ketika melihat tayangan pengkebumian the King of Pop, Michael Jackson yang begitu gah ditayangkan di rangkaian televisyen kita sepanjang hari upacara tersebut berlangsung beberapa minggu sudah. Beberapa stesyen TV menayangkan tayangan eksklusif langsung dari AS acara penghormatan terakhir bagi si Raja Pop tersebut sampai pagi ! Dan entah berapa juta mata masyarakat Malaysia yang rela menahan rasa mengantuk demi menyaksikan acara itu. Teringat seorang rakan yang datang ke ofis keesokkan harinya dengan mata yang bengkak. Bila aku bertanya, dia jawab dia menangis sambil menonton upacara tersebut…sedih benar katanya MJ sudah meninggalkan kita.

Tapi aku sedih, bukan kerana kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Aku sedih, kerana pada saat yang sama, berlangsung pengkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah demi mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu beranak satu yang sedang mengandung tiga bulan, terbunuh akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak aku temui di mana2 rangkaian televisyen kita, negara yang majoriti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa.


Ribuan orang di Mesir yang menghantar jenazah Marwa ke tempat peristirahatannya yang terakhir, memang tidak sebanyak orang yang menangisi pemergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi pemergian Marwa adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meskipun untuk itu ia kehilangan nyawanya.Marwa ditikam di kota Dresden, Jerman di dalam satu prosiding mahkamah. Sebelum itu, dia melaporkan kepada mahkamah mengenai sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menggelarnya sebagai “terrorist” hanya kerana dia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha membuka jilbab Muslimah yang berasal dari Mesir itu. Ketika prosiding inilah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, telah terkena tembakan polis yang kononya cuba meleraikan ketegangan di mahkamah tersebut yang berdalih mengatakan secara tidak sengaja tertembak suami Marwa yang selepas itu dihantar ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal. Aku tidak tahu apa yang terjadi kepada suaminya sekarang ini.


Peristiwa ini sepi dari sebarang laporan di media massa Jerman dan juga media massa asing kerana yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah seorang Jerman atau orang Barat beragama Kristian yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya PASTI akan gempar di seluruh dunia..Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita pada waktu dan ketika itu cuma menayangkan upacara pengkebumian Michael Jackson yang hidupnya ‘haru biru’ itu. Tak ada berita mengenai syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlawan Jilbab”, jauh sekali untuk menayangkan upacara pengkebumiannya. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangis kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa … karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

Thursday, August 13, 2009

Belasungkawa: Pergi Tak Kembali...




Pemergian vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri ke rahmatullah begitu mengejutkan aku semalam. Kehilangannya amat dirasai oleh aku sendiri walaupun aku sebenarnya belum pernah berjumpa dengan almarhum secara dekat sebelum ini, apatah lagi bercakap, paling tidak minta sign autograph pun aku tak pernah. Tapi kemunculannya sebagai penyanyi utama kepada lagu2 yang membawa lirik2 penuh keinsafan membuatkan aku tak putus-putus menghadiahkan al-fatihah buat almarhum sejak aku mendapat berita kematiannya.

Mungkin Asri dan Rabbani tidak sepopular Bunkface atau lain2 kumpulan muzik idola remaja kita, dia juga mungkin tak sehebat Michael Jackson dan tak sekaya Datuk Siti Nurhaliza. Mungkin juga pemergiannya lebih mudah dilupai berbanding pemergian Michael Jackson.....tetapi bagi aku, kehilangan almarhum tiada lagi gantinya. Tidak mungkin ada.... Aku sedih, tapi aku redha dan aku percaya Allah lebih menyayanginya. Bila aku cuba mengingatkan segala apa yang telah beliau lakukan dalam usaha beliau untuk berdakwah melalui seni....aku hampir menitiskan air mata, sungguh besar jasanya, lebih besar di mata Allah, jauh lebih hebat meninggalkan segala kehebatan, kekayaan dan kepopularan artis2 tempatan dan luar negara yang ada pada hari ini.
Suaranya cukup mahal...mengalunkan lagu 'pergi tak kembali' yang membuatkan aku meremang bulu roma. Aku tahu almarhum dan penglibatan beliau dalam bidang seni nasyid semasa beliau bersama Nada Murni lagi (dalam era lewat 80an dan awal 90an). Aku juga tahu ramai komposer ketika itu menawarkan kepada beliau tawaran menjadi penyanyi popular zaman itu, tapi beliau tolak dengan baik kerana beliau tidak dibenarkan menyanyikan lagu2 nasyid kerana pada masa itu nasyid tidak seperti hari ini yang juga mendapat tempat di hati peminat seni tanah air.
Sebagai pencinta Islam, aku bangga dengan almarhum yang begitu komited dengan dakwahnya melalui seni. Moga2 roh mu ditempatkan Allah bersama para anbia' dan syuhada'. Jika niat mu menjadikan nasyid sebagai gelanggang dakwah lillahi taala...insyaallah, segala apa yang kau taburkan selama ini tidak akan dipersia-siakan Allah azza wajalla......amin.

Setiap insan
pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana
akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...
lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Al-fatihah buat mu.....

Wednesday, August 12, 2009

aku semakin bimbang....

Terkejut, tergamam dan hanya mampu menggelengkan kepala. Itulah reaksi aku apabila terbaca berita mengenai seorang murid lelaki tahun satu di salah sebuah sekolah rendah di Kedah yang cedera 'anu'nya akibat ditoreh rakan sebaya (juga rakan sekelas) kerana enggan memberikan duit 50sen setelah diperas ugut.

Dahsyat...dahsyat! Sekecil 7 tahun dah pandai memeras ugut. Hairan aku dari mana pemeras ugut itu mendapat ilham untuk memeras ugut. Senior2 kah? Dari mana pula senior2 dia mendapat ilham itu?

Kemungkinan belajar dari TV, mungkin juga pengaruh rakan2 sebaya yang liar, mungkin juga...mungkin juga...


Yang lebih menghairankan, kebal sungguh penjenayah2 muda ini dari didikan2 yang mereka terima samaada di sekolah, mahupun di rumah. Memang tak lut!!


Di mana ye silapnya? Sehingga mereka ini menjadi sangat kalis dari segala didikan agama yang diterima secara langsung di sekolah ataupun di rumah.....hmmm, sakit kepala aku memikirkannya, sampai diserang migrain!!!

Thursday, August 6, 2009

Selsema babi lagi......

Percaya atau tidak? Mungkinkah selsema babi yang sudah menjadi pandemik di seluruh dunia hari ini berpunca juga dari apa yang saya paparkan di sini? Saksikan...