Thursday, August 13, 2009

Belasungkawa: Pergi Tak Kembali...




Pemergian vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri ke rahmatullah begitu mengejutkan aku semalam. Kehilangannya amat dirasai oleh aku sendiri walaupun aku sebenarnya belum pernah berjumpa dengan almarhum secara dekat sebelum ini, apatah lagi bercakap, paling tidak minta sign autograph pun aku tak pernah. Tapi kemunculannya sebagai penyanyi utama kepada lagu2 yang membawa lirik2 penuh keinsafan membuatkan aku tak putus-putus menghadiahkan al-fatihah buat almarhum sejak aku mendapat berita kematiannya.

Mungkin Asri dan Rabbani tidak sepopular Bunkface atau lain2 kumpulan muzik idola remaja kita, dia juga mungkin tak sehebat Michael Jackson dan tak sekaya Datuk Siti Nurhaliza. Mungkin juga pemergiannya lebih mudah dilupai berbanding pemergian Michael Jackson.....tetapi bagi aku, kehilangan almarhum tiada lagi gantinya. Tidak mungkin ada.... Aku sedih, tapi aku redha dan aku percaya Allah lebih menyayanginya. Bila aku cuba mengingatkan segala apa yang telah beliau lakukan dalam usaha beliau untuk berdakwah melalui seni....aku hampir menitiskan air mata, sungguh besar jasanya, lebih besar di mata Allah, jauh lebih hebat meninggalkan segala kehebatan, kekayaan dan kepopularan artis2 tempatan dan luar negara yang ada pada hari ini.
Suaranya cukup mahal...mengalunkan lagu 'pergi tak kembali' yang membuatkan aku meremang bulu roma. Aku tahu almarhum dan penglibatan beliau dalam bidang seni nasyid semasa beliau bersama Nada Murni lagi (dalam era lewat 80an dan awal 90an). Aku juga tahu ramai komposer ketika itu menawarkan kepada beliau tawaran menjadi penyanyi popular zaman itu, tapi beliau tolak dengan baik kerana beliau tidak dibenarkan menyanyikan lagu2 nasyid kerana pada masa itu nasyid tidak seperti hari ini yang juga mendapat tempat di hati peminat seni tanah air.
Sebagai pencinta Islam, aku bangga dengan almarhum yang begitu komited dengan dakwahnya melalui seni. Moga2 roh mu ditempatkan Allah bersama para anbia' dan syuhada'. Jika niat mu menjadikan nasyid sebagai gelanggang dakwah lillahi taala...insyaallah, segala apa yang kau taburkan selama ini tidak akan dipersia-siakan Allah azza wajalla......amin.

Setiap insan
pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana
akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...
lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Al-fatihah buat mu.....

No comments: