Wednesday, August 19, 2009

salah siapa?

Terkesima aku pagi ini apabila terbaca berita mengenai seorang pelajar perempuan tingkatan 3 yang telah menyelinap keluar dari asrama sekolahnya di Kuala Lumpur semata-mata kerana memenuhi janji untuk bertemu teman lelakinya. Dia yang berjaya keluar tanpa kebenaran warden asrama selepas waktu persekolahan akhirnya dibawa oleh teman lelakinya ke sebuah rumah di Wangsa Maju dan di situ, tanpa disangka-sangka dia telah dijadikan teman lelakinya 'santapan' enak oleh 9 orang rakan teman lelakinya itu yang sudah menunggu lebih awal, menjadikannya mangsa rogol kepada 10 orang lelaki, termasuk teman lelakinya sendiri. Setelah selesai, pelajar tersebut dihantar pulang semula ke asrama, dalam keadaan trauma dan terdesak, dia mengadu kepada wardennya yang akhirnya membawanya membuat laporan polis serta-merta. Boleh rujuk http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090820074451/Article/index_html


Aku terdiam...tak tahu apa nak kata. Terbayang diriku semasa usia 15 tahun.....aku ketika itu (sekitar 1990an) amat takut bila isu rogol timbul. Bimbang jika diri ini tersilap langkah, dan akhirnya menjadi mangsa. Aku amat berhati-hati jika ditegur lelaki tidak dikenali ketika itu. Tapi hari ini, lelaki yang dikenali juga tidak boleh dipercayai......teman lelaki? Aku memang cukup tak berkenan dengan budaya remaja hari ini yang konon-kononnya harus punya teman seawal usia 14 tahun, 15 tahun. Tak ada teman lelaki tak seronok, nanti malu dengan kawan-kawan! Huh!! Inilah akibatnya jika 'kebebasan' itu disalahertikan!!

Siapa harus disalahkan bila keadaan begini terjadi??? Dirogol oleh 10 lelaki itu bukan satu benda yang mudah untuk dilupakan oleh seorang mangsa.Lagi yang menjadi mangsa kepada seorang perogol pun sudah trauma, inikan pula 10 orang!! Adakah ibubapa harus dipersalahkan? mereka sudah menghantar anak ke asrama dengan harapan anak mengikut peraturan asrama dan akhirnya menjadi manusia yang cukup berdisiplin. Guru? Sekolah? Ada lebih 1000 pelajar dalam sesebuah sekolah, bukan satu perkara yang mudah untuk menjaga, apatah lagi memerhati setiap gerak-geri pelajar. Diri sendiri?? 15 tahun mungkin masih awal untuk memilih mana yang baik dan buruk....entahlah...aku bingung!

Banyak faktor yang aku lihat menjadi penyumbang kepada isu sosial hari ini. Dan semua pihak....ibubapa, guru, kerajaan, masyarakat, rakan sebaya, persekitaran dan individu terbabit itu sendiri memainkan peranan besar dalam setiap perkara yang berlaku. Peranan ibubapa tak perlulah aku panjang-lebarkan di sini, semua orang maklum...didikan agama dalam institusi keluarga Islam bermula bukan ketika anak itu lahir, tetapi ketika memilih pasangan untuk berkahwin lagi. Guru..tidak cukup dengan hanya memberi apa itu Sains, apa itu Sejarah..tetapi guru mestilah akhirnya merujuk setiap ilmu yang diajar itu kembali kepada Penciptanya. Disitulah ketakwaan itu akan ditanam secara tidak langsung...membawa setiap anak murid itu mengenal Penciptanya. Mungkin ada yang tak kena dengan sistem pendidikan negara kita...mungkin juga silabus KPLI (kursus perguruan lepasan ijazah) atau diploma perguruan harus dikaji semula!

Kerajaan....aduh! ini lagi satu...pelbagai kebenaran yang diberikan oleh kerajaan....lesen pub, lesen percetakan majalah artis2 yang seksi-seksi, lesen stesyen TV yang menayangkan program2 yang membangkitkan nafsu syahwat semata2....lesen ini, lesen itu....huh! memang aku bingung!

Semua kepincangan ini menyebabkan wujudnya satu masyarakat yang tidak perihatin, persekitaran yang tidak sihat, hadirnya rakan sebaya yang tidak mebimbing tetapi lebih kepada memusnahkan semata2 dan lahirnya individu yang pincang imannya dan rosak akhlaknya.


Salah siapa????

No comments: