Wednesday, August 5, 2009

Apa yang hebat?

Ada manusia yang suka mengutuk orang lain hanya kerana dia tidak dapat apa yang diingini atau apa yang ada pada orang yang dikutuknya. Aku cukup 'berbulu' membaca satu blog yang ditulis oleh insan bernama Nor (bukan nama sebenar) yang kelihatannya seperti mengalami sakit mental. Mengaku orang kaya yang teraniaya oleh golongan akademik yang diberi pelbagai gelaran yang tak senonoh.
Aku tak kenal siapa Nor (bukan nama sebenar) ini, dan aku memang tak mahu kenal...tapi sedikit nasihat buat saudari Nor (bukan nama sebenar) yang baru-baru ini telah memperkenalkan dirinya yang sebenar (panjang rupanya nama dia), nasihat aku: "sudah-sudah la tu....makin banyak cik Nor menulis, makin terdedah keburukan sebenar cik Nor, aku sebagai manusia biasa (tapi bukan orang kaya dan jauh sekali untuk menjadi puteri kepada pemilik banglo harga jutaan ringgit) yang selalu juga buat silap, rasa berbulu mata dengan apa yang cik Nor tulis"

No comments: